Yang benar benar sahaja
Bismillah...
Here I am again. So what happened to my resolution of more writings in 2016?
Hahaha so far only one for each month, as I see it. Hmm. Sedikit sedikit, asalkan istiqomah kan? :')
The thing is, yang aku perasan ialah idea akan datang mencurah-curah ke ladang gandum bila mana datang nya matlamat untuk tujukan nya kepada seseorang. Tak kisah la masa tengah berjalan ke, tengah makan, tengah bersembang. Secara automatik nya perkataan akan timbul dalam kepala, dan cepat je disusun atur ke dalam ayat. Pelik kan?
Mungkin bila kita tahu keperluan nya (the Why),
maka yang lain tu Dia akan sampaikan (the How).
maka yang lain tu Dia akan sampaikan (the How).
Walillahil hamdu.
Adik,
Perjuangan ini berat
Perjuangan ini sunyi
Medannya tak berpenghujung
Beban terasa sarat
Dari hari ke hari
Lalu kita sesekali terfikir,
Untuk apa aku lalui semua ini?
Adik,
Kalau kamu mengharapkan
Manusia semata mata
Kelak kamu akan hampa
Kerana mereka juga pengembara
Seperti kamu
Membawa beban
Menahan keperitan
Kadang kadang tak tertahan
Manakan mereka selalu sempat
Untuk menoleh yang di kiri dan kanan?
Adik,
Pentas dunia ini terlalu luas
Untuk kamu puaskan hati
Sekalian manusia sang Penonton
Namun pentas ini boleh menjadi
Satu persembahan terindah
Jika ianya hanya antara kamu dan Sang Tuhan
Mengapa, kamu bertanya?
Kerana Dia itu rahmatNya terlalu luas
KasihNya tak berpenghujung
Ampunannya tiada putus
Kamu mungkin bisa jatuh tersungkur
Pada hari hari gelapmu, di atas pentas itu
Tetapi Dia sesekali tidak berganjak
Tidak meninggalkanmu
Tidak mengadilimu melebihi kemampuanmu
Ya, Adik
Kamu ada kelemahan
Tetapi pada Dialah segala kekuatan
Dia berada bersama jatuh bangunmu
Susah senangmu
Bergembiralah
Kerana kamu tidak pernah kesepian
Di atas pentas ini
Semoga Tuhan terus menjagamu.
(2 February 2016, 7 petang)
Masa itu aku dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat, sempat menaip di dalam KTM komuter yang sedang bergerak antara stesen Kajang dan UKM. Hihi.
Apapun, kata kata ini hanyalah luahan daripada seorang insan yang punya juga waktu jatuh sedalam dalamnya, dan sentiasa perlu berusaha untuk menggapai semangat dirinya sendiri. Mungkin kerana itu lah cepat sahaja rasa terpanggil dengan rintihan orang lain. Kerana dia juga beribu kali merasainya. Dan dia ingin orang lain tahu, masih ada masa dan peluang. Untuk jadi yang lebih baik dan bangkit menghadapinya. Selagi ada nafas, selagi ada denyutan jantung.
Kerana Dia yang cipta kita, dengan segala keistimewaan dan kelebihan yang ada
Dia tahu pandai kita, dan kurang kita
Dia tahu sedih kita, gembira kita
Semuanya silih berganti sahaja
Kerana yang Kekal hanyalah Dia
Berpeganglah dengan Yang Kekal
Nescaya Dia akan perbaiki segalanya.
"... Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkanNya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukup baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
:")
Kerana Dia yang cipta kita, dengan segala keistimewaan dan kelebihan yang ada
Dia tahu pandai kita, dan kurang kita
Dia tahu sedih kita, gembira kita
Semuanya silih berganti sahaja
Kerana yang Kekal hanyalah Dia
Berpeganglah dengan Yang Kekal
Nescaya Dia akan perbaiki segalanya.
"... Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkanNya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukup baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
:")
Comments