Cinta pertama

Semangat je buat projek di office, sampai jammed dah program. Tutup dulu, layan FB sekejap. Eh lajuu pulak boleh browse sana sini haha (pandai je laptop ni ye)


tumblr_m8kzd1i4q71rrrg4fo1_500.jpg (500×333)
tumblr

Teringat dahulu sebuah perbualan dengan arwah Ibu, tentang takdir. Tentang ketentuan. Masa tu Ibu tengah terbaring dek kakinya yang semakin parah, aku temankan dia yang keseorangan. Dengan niat nak hiburkan hati dia, aku bercerita:

Sebenarnya kan Ibu, tiada yang dinamakan takdir yang 'baik' dan takdir yang 'buruk'. Yang ada hanyalah takdir. Perkara yang berlaku pada kita, di sekian waktu. Noktah. Tapi kita yang selalu kategorikan takdir tu baik or buruk, based on apa yang orang lain dapat..

Oh yeke? Hmm... (dirinya diam berfikir)

Kadangnya kita yang begitu senang meletakkan tanda atau klasifikasi atas sesuatu kejadian. Nasib yang malang, beruntung, sempurna. Membandingkan situasi dan nasib diri dengan insan sekeliling. Meletakkan erti bahagia dan gembira atas rapuhnya nilai materi semata. Sekadar yang mampu dilihat dek pandangan.

Tanpa mengetahui si kaya yang gemar bergembira itu pun, jika tidak menyelami erti bahagia, apabila ditarik sebentar hartanya maka berdukalah dia. Hilang punca, runtuh makna hidupnya.

Sedangkan si miskin yang ditinggalkan di jalanan sebatang kara, mungkin di luar nampaknya hina. Hidup tiada harga. Dalam diamnya, dia memerhati gelagat manusia menelusuri lorong sunyi; sang ayah dan ibu memegang erat tangan anak yang baru kecil usia, bertatih dengan kaki kecilnya. Perlahan-lahan. Sesekali terlihat sang pemuda berhenti sebentar, mencubit kepingan roti untuk diberikan kepada burung-burung liar yang bertenggek di kepingan atap. Kurr, kurr. Serunya lembut.

Ya, si miskin itu tidak punya apa-apa. Tetapi dalam hatinya penuh dengan erti cinta, kemanusiaan, dan kebahagiaan hakiki. Harta paling berharga yang tidak boleh dirampas sesiapa pun!      


Alangkah bahagianya jiwa yang teguh sungguh cintanya pada yang Esa.
Sentiasa rasa dididik olehNya, lalu boleh melihat erti di sebalik setiap perkara.
Bahawa yang pada zahir itu mungkin derita, sukar, jerih dan payah.
Tetapi jiwa itu yang terlalu rindukan penciptaNya, bisa mengatasi segalanya
Yang bukan dilihat sebagai halangan, tetapi jalan.
Menuju Dia.

..

Ibu, Atin harap ibu dah jumpa Bahagia itu di sana.
Terima kasih Ibu kerana hadir sebagai cinta pertama, meninggalkan pelbagai kenangan yang berharga dalam hidup Atin.

..

Indahnya erti bersenang dan bersusah bersama-sama. Dalam tawa dan  tangis. Mencari lunaknya kasih-sayang dalam setiap bait ketegasan, Menghargai segala apa yang ada, dan sentiasa cuba untuk buat yang terbaik. Kita mungkin jatuh, tapi perlu cepat bangun kembali. Tidak larut dengan ombak, bahkan teguh dengan acuan. Jujur, setia, dan menguatkan.

Terima kasih kerana kehadiran Ibu sahaja sudah cukup menjadi sebenar-benar inspirasi kepada Atin, menjadi insan yang tidak pernah ku jangka sebelum ini. Bahagianya hati bila dapat buat Ibu gembira. Untuk seketika dahulu aku pernah rasa hilang arah apabila dia pergi.

Selama ni, dialah yang selalu tersemat di dada dalam apa jua perkara sekali pun yang akan ku tempuhi. Kerana ku ingin dia bangga, ku ingin dia dia kecapi rasa besar hati punyai anak sepertiku.


Biarlah seketika, tapi penuh bermakna..

Ku pernah bertanya. Wahai Tuhan, bila dia pergi siapa lagi yang akan menegur salah silapku? Yang akan kufikirkan reaksinya ke atas setiap perbuatanku? Ke mana perginya pembakar semangat cita-cita yang aku ingin pejuangkan untuk dirinya? Yang akan menjagaku, kami semua?

Untuk seketika, lintasan jawapan meluru tepat ke arahku.
Mungkin, telah tiba masanya. untuk Tuhan sendiri menjaga kami dengan kasih sayangNya yang tak berbelah bahagi, yang tiada pasang surutnya.

Ditarik sebentar kehadiran insan yang terlalu aku cintai itu untuk ku belajar kenal cinta yang lain. Apabila masanya telah tiba. Kerana mungkin aku memang begitu, tak bisa meletakkan dua cinta dalam satu masa.


Ya Allah,
bantulah dan tunjukkanlah kebenaran
kuatkanlah, tuntunilah aku dan keluargaku untuk kekal di jalanMu
peliharalah dia di tempat yang teristimewa dalam hatiku.


Mungkin jasad orang yang tersayang boleh dibawa pergi, tetapi sentuhan semangat dan inspirasinya akan terus kekal  sampai bila-bila.
Itu yang pasti.

Comments

Nurul Hamizah said…
kak long. your words never fails to inspire me :')
Fatin Filzati said…
subhanallah.

stay inspired by Him, mimi :')

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)