Melangkah lagi

Assalamualaikum dunia..

http://www.onlytoptens.com/wp-content/uploads/2012/01/top-10-tallest-mountains-annapurna.jpg
credit

Alangkah senangnya kalau setiap apa yang ada di fikiran ni boleh aku terjemahkan dengan kata-kata. Keluarkan semuanya. Tapi tak semudah tu. Kadang-kadang termati di tengah jalan. Kemudian delete.

Hari ni dengan kembalinya aku di office tiba-tiba perasaan nak update blog tu melonjak-lonjak. Haha banyak nak cerita ni, tapi satu-satu okey.

Pertama sekali, dua minggu lepas selesai sudah dengan presentation yang mostly tentang pengalaman 2 bulan pertama internship aku. Alhamdulillah. Walaupun menggelikan hati, tapi digagahkan juga untuk membentangkan semua bende-bende baru tu depan dua orang yang sangat berpengalaman. Sorang tu ialah supervisor aku, merangkap bos unit Corrosion, dan lagi sorang ialah lecturer UTP daripada department Chemical Engineering yang (kebetulannya) amat berpengetahuan mendalam pasal corrosion. yyyuuppp.

Jadi boleh bayangkan tak betapa awkwardnya nak cerita bende-bende teknikal tu depan mereka? Sumpah awkward.

Papepun, tawakkal je la. Sebab kita pun dah prepare presentation tu dengan sehabis yang boleh. Then bila dapat soklan-soklan teknikal yang killer daripada Lecturer tu seperti :

'What is the code of standard used in corrosion?' ataupun  
'Can you explain how heat-insulated paint is applied to the pipelines?'

Gulp. Yang boleh buat masa tu ialah keep calm dan sengihh. Pastu jawab, "I have no idea, Sir". Like a boss kannn? Ahah ^^ Memang rasa nak cubit diri sendiri sebab tak teringat nak baca semua tu. Tapi syukur la, sepanjang presentation tu aku mendapat sokongan sepenuhnya daripada bos. Dia tak habis-habis cakap, takpe baru dua bulan, still a lot for her to learn.. Terbaik la bos! *thumbs up*

Yang pentingnya,
terima kasih Tuhan atas peluang ni. 
terima kasih kerana mempertemukan aku dengan para senior engineer dan technical professional yang cool dan sempoi. 
dan membuka hati mereka untuk menyampaikan pengalaman dan secebis ilmu daripada ilmuMu yang luas kepada aku yang mentah ni
berkenalan dengan senior dan staf yang baik hati - antaranya kak husna, kak eant dan afiq 
terasa kerdilnya diri aku di alam pengembaraan ini.. 


semasa firedrill. kene turun tangga sebanyak 35 tingkat bak hangg


Daripada office yang tinggi ni lah, aku belajar perkara-perkara teknikal tentang offshore platform melalui pembacaan dan apa yang diterangkan oleh engineer lain. Khususnya, tentang Materials, Corrosion dan Inspection (buku IMSE pun bawak gi opis wehh). Memang tepu lah otak setiap hari.

Dan tanpa disangka-sangka aku dibawa ke Penang untuk menghadiri workshop, pada mulanya sebagai komiti untuk menguruskan hal-hal pentadbiran. Tapi pada masa yang sama, aku berpeluang duduk sekali mendengar pembentangan daripada offshore engineers dari Kerteh, Sabah dan Sarawak yang membuat aku teruja dan terpana. Cool! *mata bersinar-sinar*

Subhanallah.. daripada akal pemberian Tuhan ni lah manusia mampu membina sesuatu yang sangat gah di tengah-tengah lautan. Bukan sekadar gah tetapi memberi manfaat dalam melancarkan kehidupan. Risikonya tinggi, kemalangan demi kemalangan sudah pun terjadi. Tapi itulah nilai ilmu dan bakti. Kebaikan ada di mana-mana, cuma perlu dicari dan diselami. Untuk mewujudkan sejahtera dan penambahbaikan.

Aslih wa muslih. Pilihlah untuk berbakti, di landasan mana sekali pun yang ingin diceburi.

Tuhan ajarkanlah perkara yang aku tidak ketahui. Amin.


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/81/PlatformHolly.jpg
I would love to land my foot on this structure. Satu hari nanti :) (credit)

Oleh kerana terlalu overwhelmed dengan information daripada pembentangan yang bertubi-tubi, aku ambil break sekejap dan text encik Supervisor:

Me: Salam Sir. Now saya tengah dengar presentation from regions. And my head is swimming in technical issues. Banyaknye yang kene catch up.
Bos: Very good. Try to get copies of the presentation pack, CD or TD is best.

Dan memang aku maksudkan literally, in my head is swimming with information. Minda aku berimaginasi. Terbayangkan itu ini Seakan-akan hilang arah dalam perbincangan yang luas tak bertepi. Nampak sangat noob kan.

Peace!


Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)