Separuh Perjalanan Kejuruteraan Kimia..

Assalamualaikum..

Fokus pada perkara yang boleh diubah.

Itulah salah satu perkara yang aku sering ingatkan kepada diri sendiri tatkala diharungi keserabutan dek kerenah manusia dan persekitaran yang kacau bilau. Contohnya? Tadi buka homepage facebook dan berderet-deret post oleh kenalan-kenalan keluar tentang isu terkini.

Yup, harga minyak RON 95 dikhabarkan akan naik sebanyak 20 sen satu liter bermula esok hari. Maka berduyun-duyunlah insan keluar ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi tank penuh kereta sebelum masuk jam 12 tengah malam. Yess. Beraturr jangan tak beraturr..

Aku pun selaku mahasiswi dan driver sepenuh masa - (^^)v - di kampus, pasti akan merasai juga kesan kenaikan ni. The worse is still yet to come, this will be just the beginning. Lepas ni, barang-barang lain pun akan dinaikkan juga, dengan alasan minyak naik. Well let's see, then?




Danger is real. Fear is choice. And my choice? 
To make a better life out of all these mess, and help those around me, with His will. 


Aku bukanlah orang yang arif untuk berkata perbuatan ini salah dan itu betul. Untuk menilai, memerlukan pemahaman terlebih dahulu dan isu ini besar skalanya kerana melibatkan urusan negara dan dunia. Kita pula terletak hampir hujung di rangkaian mikroekonomi, apatah lagi makroekonomi. (ayat, tak boleh nak skema lagi =P) But, the room to seek knowledge and understanding is always there. Jadi fikirlah dan carilah penyelesaian, atas dasar kemanusiaan.


'Aku tidak takut terhadap manusia yang berfikir sekalipun dia sesat, kerana dia akan pulang ke jalan kebenaran. Tetapi aku takut terhadap manusia yang tidak berfikir sekalipun mendapat petunjuk, kerana dia akan menjadi seperti bulu yang ditiup angin.' 
- Muhammad al-Ghazali 


Dan sekarangg. Final Exam dah bermula untuk semester ke-enam, dan selepas ini aku akan menempuhi satu lagi fasa dalam pengajian Kejuruteraan Kimia, iaitu Industrial Internship aka praktikal di Petronas Carigali KLCC. InsyaAllah.. 


2 September  - Engineering Economy & Entrepreneurship
4 September -Advanced Transport Process
5 September - Process Plant Design


Semua subjek core. Wah! Ok nak kene cepat siapkan post, sambung balik study. ^^

 
Alhamdulillah, selepas tiga tahun pengajian degree serba sedikit dapat lah gambaran tentang kursus pengajian aku ni sebenarnya. Yang paling penting, Kejuruteraan Kimia ni tidak sama sekali sama dengan subjek Kimia kat sekolah menengah dulu ye adik-adik. Jangan tertipu! Hehe. 

Bersasarkan pengalaman beberapa tahun yang lalu, course ni memerlukan mereka yang:

1. Gemar membaca. Hal ini kerana slides pengajian memang kebanyakannya penuh dengan perkataan, lepas tu perlu rajin merujuk sumber-sumber lain seawal mula semester lagi. Jika baru ingin jadi ulat buku ketika study week, maka.. T__T 

 
2. Suka tengok equation panjang-panjang. Ya, jika anda ada curiosity yang tinggi untuk mengetahui bagaimana sesuatu equation itu berjaya dirumuskan dengan melalui beberapa steps yang panjang dengan memasukkan pula beberapa equation lain di dalamnya, inilah kursus yang anda cari selama ini. Advanced Transport Processes, ermm :')

 
3. Handal dalam melakukan penukaran unit. Masa inilah buku teks zaman bila entah akan dikorek semula untuk dapatkan persamaan-persamaan berat, volume yang tiada sebelum tu. Uhuk

 
4. Berkawan baik dengan teknologi, dan komputer, tak kiralah sama ada untuk menyiapkan projek menggunakan software, belajar menggunakan lecture notes yang tak nak dicetak, search laman sesawang internet untuk esaimen, dan berbalas-balas tweet dan komen sambil belajar =P 

 
5. Imaginatif? 

 
4. Dan haruslah mempunyai minat, kerana sesuatu itu dapat diharungi dengan lebih bermakna jika kita rela dan suka. Jangan risau, minat itu boleh dipupuk dari masa ke masa insyaAllah.


6. Paling penting, kene yakin bahawasanya dalam kesusahan itu pasti terselit kesenangan. Dua kali Allah ingatkan tegaskan ayat ni dalam surah al-Insyirah. Sebab bila susah, memang secara azalinya kita akan ada tendency untuk rasa give up. Tak nampak dah jalan kat depan. Tapi yakinlah, usaha yang dibantu olehNya pasti berjaya. 

 
Dan apabila renungkan balik, rasa tak percaya yang dah sejauh ini kita melangkah. Betapa perancangan dia tu benar-benar hebat. Thank you Allah, and all the best to my beloved friends :')

 
Sesi panjat-memanjat dalam lab *tq hanisah untuk gambar nya :)


naathiya. natthika. nadia. fatin


 Orait, ayuh sambung stadi lagi. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati usaha kita semua. Amiin. This degree is for you, Ayah and Ibu. Sebagai hadiah tanda penghargaan tertinggi yang dapat aku sematkan. 

 Bawalah mereka ke mana sahaja di dalam hati, insyaAllah sentiasa rasa kuat, tiada sendiri :'') 


Setiap hari membawa satu erti
Setiap peluang anggaplah sebagai perangsang
Nikmat yang dilimpah bukti kasih Yang Maha Pemurah
Disulami ujian agar bertambah erat kebergantungan
Biarlah langkah terus maju selagi kudrat dapat dipacu
Agar terlaksana amanah, tersebarlah kalimah.... 


 
Bismillahirrahmanirrahiim... Taqabbalallahuminna waminkum :)


Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)