Long Live Silat Cekak Ustaz Hanafi

Assalamualaikum..

Pasukan Wajadiri 2012, di UPM Serdang


I said remember this moment
In the back of my mind
The time we stood with our shaking hands 
The crowds in stands went wild...

Long live all the mountains we moved
I had the time of my life fighting dragons with you
I was screaming, long live the look on your face
And bring on all the pretenders, one day we will be remembered..


-- copy pasta daripada lirik Long Live oleh Cik Taylor Swift :)

 
Memandangkan lagu ini didedikasikan oleh saudari Taylor kepada team band beliau, jadi rasanye tak salah juga jika aku ingin tujukan lagu ini juga buat team Cekak Ustaz Hanafi UTP atas segala kenangan bersama berupa indah suka duka tawa gembira pahit manis getir .. erk ok dah. Nak tulis lagu sendiri memang tak lah kan, jadi terimalah... ^^ 

Semuanya bermula pada tahun 2010, semester pertama mendaftar sebagai pelajar Universiti Teknologi PETRONAS. Ok, sebenarnya niat nak join seni mempertahankan diri ni memang dah lama tertanam (ecewah) sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tapi terpaksa ditangguh jugak lepas kerana respon ini:

 
Fatin: Ayah, Atin ingat nak join Silat la. Ade je kakak-kakak yang ikut kelas tu, boleh belajar nak pertahankan diri ehehe

Ayah: Silat? Tak payah la.. Takut kau kene belasah nanti. Dah la kurus kering je

Fatin: *speechless, hilang terus pancaran harapan di mataku oh* ... (lepas tu tukar topik)

 
Berbalik kepada situasi lepas masuk UTP, aku dan Amirah pun hadir la ke demonstrasi kelab-kelab seni mempertahankan diri di Martial Arts Night 2010. Dan sekali lagi dipertemukan dengan Silat Cekak Hanafi. Masa tu terus terdetik di hati, mungkin inilah masanya. Jadi kami pun tanpa berfikir tiga empat lima kali terus mengambil pamplet dan mendaftar sebagai ahli. Kemudian, tidak lupa juga:

 
(perbualan telefon)
Fatin: Ayah, Atin dah join Silat Cekak Hanafi. *berbunga-bunga*

Ayah: Hah? Erm, suka hatilah. Janji Atin belajar rajin-rajin kat sana.

 
Lega. Syukur. Sekurang-kurangnya sekarang dapatlah peluang untuk buat secara praktikal teknik-teknik tu, bukan sekadar tengok dalam filem pakcik Jackie Chan dan Jet Li je kann =P 

Lepas belajar, dapat peluang pulak untuk terlibat dalam demonstrasi. Anjakan paradigma betul! Papepun, inilah rupa kami sebagai penternak rama-rama dalam perut yang berjaya :)


Partners, sebelum mula demo pertama *butterfly in stomach


Yang paling penting, di sini lah aku dipertemukan dengan mereka yang telah bersama-sama mengenal erti melihat yang senang di sebalik susah, membanting tenaga (dan orang ^^), sampai berkongsi lebam di badan. hoho. saling ingat-mengingatkan bahawasanya semua kerja pasti mudah dengan bantuan Dia.

Berlatih silat dari pagi sampai matahari tegak atas kepala. Mula la nampak semua kecik beso kecik beso je haa =,= Dan tentulah, sama-sama mengecapi rasa manisnya sebuah kemenangan, sehingga terpadamlah penat lelah jerih payah yang dulu diharungi. La hawla wala quwwata illa billah. Terima kasih semua :'') Korang memang torbayekk!


"setiap yang datang dalam hidup, blend baik-baik agar dapat dijadikan umpama bancuhan simen yang kukuh, lantas berupaya membentengi diri daripada perkara yang menjatuhkan" - pesan seorang sahabat 


'Dan persiapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kemampuan kamu dan pasukan berkuda di medan tempur untuk menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di samping mereka yang tidak kamu ketahui (tapi) Allah mengetahuinya. Dan segala apa yang kamu belanjakan di jalan Allah nescaya akan dibayar sempurna kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi.' (al-Anfal: 60)


Mungkin kami kelihatan sangat enjoy, tapi sebenarnya apa yang membuatkan kami terus menjalani latihan ialah manfaat di sebalik usaha kami ini. Seperti tulisan David Strauss yang pernah dibaca suatu masa dahulu, setiap perkara yang dipelajari pada sesuatu masa itu tidak semestinya akan digunapakai terus pada waktu tersebut. Tetapi, ianya akan disimpan dalam memori separa sedar manusia dan apabila menempuhi satu situasi yang membuatkan otak manusia 'jammed' untuk seketika, waktu inilah minda akan menyelongkar memori-memori yang pernah dilalui untuk menimbulkan refleks. Geddit? 

Seumpamanya kita menjadikan pengetahuan itu sebagai alat yang mana hanya akan dikeluarkan apabila perlu. Bagi orang lain, mungkin alat itu tiada guna tapi siapa yang tahu apa akan jadi pada masa hadapan? Lumrahnya, setiap manusia dianugerahkan kebolehan dan kecenderungan yang berbeza-beza. Perkara yang kita boleh, tidak semestinya kawan di sebelah mampu. Dan macam itulah yang sebaliknya, supaya kita saling lengkap-melengkapi kerana sesungguhnya tiada yang Dia jadikan sia-sia. Dan insyaAllah, ini usaha kami :)

Demikianlah, sedikit nota dari hati buat mereka yang dekat di hati. Arghh.. pastinya aku akan merindui kalian nanti. Semoga terus melangkah dengan gagah beserta Tuhan yang Maha Kuasa.

All the best! ~

Tudddiaaa~


Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)