Engineer-to-be, insyaAllah :)


Firstly, mintak maaf sangaaaat dear Bloggie sebab lama tak update. Haih, cuti 2 minggu tapi seriously takde mood untuk tulis apa-apa. Mula-mula sebenarnya aku rasa berat hati dan kurang inspirasi untuk berkongsi buat seketika, jadi lepas ambil masa sikit kumpulkan balik fokus untuk semester baru akhirnya otak dah clear. Lepas buat editing sikit kat Bloggie ni, baru datang mood. Jadi sekarang aku boleh menulis (atau menaip), sebagai aku :) hehe

Kata-kata penuh hikmah yang aku pernah kutip dulu,

"Ibarat kejadian Tuhan, siang dan malam silih berganti. Begitulah juga keadaan kita yang hidup ni, kadang-kadang muram tapi kemudiannya kembali gembira. Ya, mudah-mudahan ketika diri ini diselubungi kegelapan, kita semua mampu cari balik petunjuk dan cahaya Tuhan"

Tadi masa kelas, terdengar lah beberapa luahan hati sahabat-sahabat yang terbeban dengan subjek Engineering yang sememangnya tough. Ye la, minat kita kat bende lain tapi terpaksa juga teruskan belajar engineering kerana keluarga. Ataupun mungkin pada awalnya kita rasa course ni okay, blur sikit-sikit takpe la. Lambat laun, tahap ke'blur'an meningkat sampai la kita rasa oh no..

Kebetulan pulak, lecturer sentuh pasal passion tadi. "You got to have passion in what you study, don't do it because someone wants you to. Find your passion."


Ohh, jangan menangis adik. I know how you are feeling, because I used to feel the same way 


Yeah, I used to but not anymore. Dulu aku memang takde feeling dengan subjek-subjek engineering ni. Orang kata masuk angin keluar asap haha. Lain la kalau buku philosophy macam Art of War ke, buku tafsir, buku Stephen Covey, Dale Carnegie, ataupun novel Dan Brown. Yang tu memang boleh hayati la sedalam-dalamnya.


Quote daripada 'The Lost Symbol' tulisan Dan Brown:
" to live in the world without becoming aware of the meaning of the world is like wandering about in a great library without touching the books."


Mungkin bidang tu yang aku betul-betul minat, tapi tak bermakna aku tak mampu nak hadapi Engineering. And guess what, Izzah Anwar pun ada minat yang mendalam terhadap falsafah perang dan politik tapi dia masih boleh tamatkan pengajian Sarjana Muda dalam Electrical and Electronic Engineering di UNITEN sebagai salah seorang pelajar terbaik, dan kemudiannya meneruskan Sarjana dalam Hubungan Antarabangsa di Washington. Hebat kan? :)

Itulah yang dimaksudkan dengan minat sebagai pembakar semangat, insyaAllah.

Jadi sama-samalah kita genggam betul-betul passion tu dalam hati, dan carilah siapa diri kita untuk kita tahu kat penjuru mana yang kita bakal sumbangkan nanti. By the way, aku pun masih mencari.

Pesanan ni boleh jugak diaplikasi buat adik-adik yang masih membuat keputusan untuk pilih jurusan ke Universiti. All the best! :)


 

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)