Untitled

Bismillahirrahmanirrahiim..



Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan, dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar”
(Al-Anfaal : 29 )

 
Alhamdulillah, still breathing yaww. Setiap hari baru yang Allah beri tu satu anugerah kan? Hehe. Boleh pulak update blog, padahal tadi separuh mati dah sakit kepala akibat migraine. *dahsyat sangat bunyi nya* Tetibe lepas setel organize MPPK dengan presiden-presiden kelab tadi, terus terbang ke mana tah migraine aku. Betul la, ada kaitan dengan stress rupanya migraine ni. Ala kulli haal, I'm back.


Okey, esok pagi kelas pukul lapan. Jadi wahai jari jemari tolong taip laju-laju sebab sekarang sudah lebih jam satu.


hard-work-93472-530-353.jpg (530×353)
gigih nye encik semut :3

Baiklah, sekarang ni masanya untuk betul-betul fokus tanggungjawab study yang dah sedia ada. Dengan presentation, lab report, mini-project, pairing project, group projek, (memang banyaak projek budak UTP ni o_o ) individual assignment, kuiz, 3 test yang kene kasi beres dalam masa 2 minggu sememangnya perlukan USAHA yang GIGIH

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
(Al-Insyirah: 7-8)


Buat je, tak payah fikir banyak. kan? =P Sebab lemah kita, lebih kita semua ada dalam pengetahuan Tuhan. He knows you better than anyone else, so only He will understand your hard work and your pain. Have faith :)

 
Sebab tu la kene buat bende 'Lillahi Taala'.. 
Lillahi Taala bukan bererti kita tak harapkan apa-apa, sebab kita mana boleh buat bende sia-sia. Semua yang kita buat mesti mendatangkan manfaat, walau sedikit. Betul?

 
Lillahi Taala is the power of mindset.
Makanya, Lillahi Taala akan memberi kekuatan untuk kita terus bergerak dan bangun di kala orang lain tak sedar pun usaha kita pada waktu tu penuh keperitan. Kalau kita dah letakkan diri kita pada kaca mata orang lain, mungkin kita akan down dan terus layu sebab fikir, "Haih, teruknye aku.." "Ala.. aku tak sehebat dia.." Ya. Teruk pada pandangan orang lain. Tapi nikmat, rezeki, rahmat tu mai daripada siapa? Diorang ke?

 
Jadi nya kenapa tak letak diri pada pandangan Tuhan? Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Mengasihani. Memangla kita ada kelemahan, kita ada dugaan, tapi kita akan terus lemah kalau kita menyerah. Sedangkan Dia ada untuk kita. Sedangkan Dia terus melihat jatuh bangun kita dan mengurniakan hari-hari yang baru untuk kita sentiasa improve dan berjuang. Improve mengikut kemampuan kita, ikut specialty kita tang mana.

 
Dan katakanlah wahai Muhammad " Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan."

(Surah At-Taubah : 105)


 
Jadi, jom kita bangkit dan buat yang terbaik insyaAllah. 

The troubles, challenges, and opponents always try keep you down. But in the end, it's just between you and Allah. You and Him know better, so let's hold Him steadfastly in our hearts. 

and.. DONT QUIT! =)




Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)