Sabar dan Solat


Bismillahirrahmanirrahiim..



Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?'

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
 
(al-Baqarah; 214)
 

Tatkala diri ini rasa amat goyah, seumpama tiada lagi jalan keluar dari permasalahan yang menimpa, apakah yang bermain di minda ketika itu? Sewaktu sang hati umpama luruh dek makian dan cacian yang menujah, siapakah yang teguh dijadikan sandaran dan tempat mengadu?

Tergamakkah kita menyalahkan Allah Ta'ala atas kepedihan ini, kerana membiarkan kita terkapai-kapai dan hampir hanyut sendiri? Sedangkan semua ini hanyalah agenda Sang Pencipta, untuk menjentik sedikit keimanan dalam hati kita agar kita terus bangkit dan mempertahankan keimanan itu semahunya.

Salahkah Sang Khalik kerana ingin menjadikan sang hamba lebih mulia di sisiNya, atas kesabaran dan keredhaan yang telah dipamerkan selama menempuh ibtila' yang memperdaya itu?

Buanglah sifat angkuh itu. Kikislah ego di hadapan Allah swt. Letakkanlah keredhaanNya di hadapan segala matlamat duniawi yang mempesona. Tanyalah hati ini, dekatkah aku dengan Allah? Jika tidak, siapa sebenarnya yang telah menjauh? Sedangkan selangkah kita rapat kepada Ar-Rahim, seribu langkah rapatNya kepada kita. Subhanallah..

Beruntunglah.. Beruntunglah mereka yang tidak terusik khusyuknya dan lebih gigih mencari Allah ketika sedang diuji. Betapa besar hikmahnya berpegang teguh kepada sabar dan solat, kerana waktu inilah jentera syaitan sedang mengerah tenaga untuk melesukan kita.

Jangan sesekali mengalah, peganglah kepada firmanNya:


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah:153)  


Semoga terus istiqomah.....



(google)

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)