Fasa 1: RAHMAT

Bismillahirrahmanirrahim..
quran-reading.jpg (500×374)
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

 
Maksudnya: Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.

 
Assalamualaikum, dengan rahmat Allah berpeluang lagi untuk aku menghadapi bulan yang penuh kemuliaan ini. Bulan yang nilai ibadah pada siang dan malam harinya berlipat kali ganda daripada hari-hari biasa. Bulan di mana terbuka luas peluang untuk bertaubat dan menyucikan diri. Mujahadah untuk mengikis sifat-sifat mazmumah dan menanam tabiat baik dalam diri seakan-akan dibantu oleh Allah dengan hanya godaan nafsu sebagai perantara.

Bila lagi masa yang paling sesuai untuk memulakan semuanya jika bukan sekarang?
Sedar atau tidak, fasa pertama Ramadhan al-Mubarak dah nak berlalu. Hurm. Terasa sungguh bermakna Ramadhan tahun ni, entahlah mungkin sebab baru sekarang aku berjaya menghayati erti puasa dan menyucikan diri :') Betapa sebenarnya kita perlu menjadikan ibadah puasa kita selama 30 hari ni bukan sekadar untuk memenuhi kewajipan semata-mata. Tapi, apa yang penting biarlah penghayatan dan sifat sabar yang kita dah pupuk dalam tempoh ini dapat menjadi benteng keimanan dan tindak tanduk kita untuk masa akan datang.

Kiranye bulan ni sebagai medan untuk kita topup balik kelompongan di jiwa dengan memperbanyakkan ibadah dan memperbaiki diri. Biarlah siapa pun kita, macam mana pun keadaan kita dahulu, yang penting inilah peluang untuk kita menjadi hambaNya yang terbaik. Bukankah rahmat Allah itu sangat luas kepada semua hambaNya?
Sejujurnya, terasa kerdil sangat diri ni nak dibandingkan dengan besarnya kurniaan Allah. Alhamdulillah, aku berpeluang balik rumah untuk berpuasa dan berbuka dengan keluarga tercinta hihi. Makan takyah cakap la, dah tentu banyakk. Kebetulan masa ni lah family cukup korum, Hanna pun balik dari matriks selangor.

Walaupun mula-mula rasa tak sedap hati masa terkandas tengah jalan ke KL sebab railway rosak, tapi akhirnya kami berjaya diselamatkan dan sampai jugak ke rumah walaupun tengah malam. Home sweet home.
And guess what, semalam aku dan Tiara telah dengan jayanya menyiapkan sweet treat yang diidam-idamkan oleh Amirah Suhaimi sempena menyambut birthdaynye yang ke-19. Tapi yang kami buat ni tak cantik mana pun la, first try kot. Dah la nak prank tak jadi, dia pegi tido pasang earphone plak tu. Hee takpe, still many days to come. Anyway, luv you dear. Be a good girl okay :)


 Hasil tangan HT dan FF! Kenapa dalam gambar jadi macam ni? T_T
Sweet Treat. Ramuan : Ice Cream Vanila + Lime, M n M's, Chocolate Roll :)
Tak dilupakan memori kali ini, ialah apabila kita berkesempatan merasai kehadiran sahabat2 yang sanggup berada bersama-sama kita di kala senang dan susah. To you guys, there are no words that I can speak out to express my feelings. Thank you so much sahabat2 for being there. Terharuuu sangat99. 

Semoga Allah merahmati kalian, dan menjadikan Ramadhan ini medan yang paling bermakna untuk kita semua :']
Oh ya, tidak dilupakan juga tengah puasa-puasa gini momentum study tetap kene laju. Assignment, presentation dan tests dah bersusun untuk minggu ni. Masa attend lecture macam faham je apa yang diterangkan, tapi yang peliknya bila nak buat soklan.... Den tak tahu nak kata apo. Ke aku je yang rasa gini? Aduyai,, hehe.

Tapi redah jerr, bak kata Anis Syahirah. Markah coursework yang dah lepas2 tu biaq pi laa, yang penting pulun sungguh2 untuk final exam ni. Kan2?
As conclusion, jom kita saling berlumba-lumba untuk merebut offer dari Allah Taala agar menjadi hambaNya yang bertaqwa, insyaAllah. Fasa 2 dan 3 Ramadhan masih menanti untuk diimarahkan. Lai2 :)
Firman Allah swt yang bermaksud:
 
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA. (Al-Baqarah : 183)


 
gambar-kupu-cantik.jpg.jpg (320×240)
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK UNTUK SEMUA (^^)v

 
Till next time~

 

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)