One Step at A Time

Bismillahirrahmanirrahim...

17883-bigthumbnail.jpg (450×338)

Hari ini. 27 Julai 2011. Jam 6.10 petang. Mood - Baru lepas berlari lari (chewah) ke bilik dengan badan dan otak yang keletihan.

Rasa macam nak tido, tapi tak elok sebab dah petang. Option lain - rilek depan laptop sambil browse internet tengok perkembangan terkini sahabat2 dan bukak emel untuk ingat balik assignment yang berderet-deret menunggu untuk siap.

Alhamdulillah, kejap tadi baru habis majlis perasmian Independence Week 2011 kat IRC. Baru sekarang dapat amek nafas lega lepas pastikan tempat perasmian sudah diclearkan. Thank you guys for all your effort. hehe. tak sia2 gua ajak lu orang jadi komiti. Biar pun kita sedikit, tapi apa yang penting? Kerjasama~~~ Tak dinafikan, memang sangat hectic la tadi.

Dengan aku yang tiba-tiba kene prepare untuk bagi speech dalam english ganti Project Manager yang kene gi field trip ke Terengganu. Right, last time aku bagi speech ialah masa Kem Kepimpinan 2009, tu pun kat depan sahabat-sahabat je ngan cecikgu yang dah memang kamceng. Selamat la last-last pagi tadi, dalam kelas Fluid Flow tetiba dapat mesej : "Salam alaik, saya akan ganti PM untuk berucap. Apa yang saya perlu buat?"

Nicee. Papepun, this is just the beginning. Baru majlis perasmian, yang selebihnya masa bulan Ogos nanti insyaAllah...


tumblr_lkx3c0MPyC1qi713so1_500.jpg (500×341)


Nak uruskan event ni bukan mudah. Kita kena sediakan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sewaktu menerima amanah ni, aku sedar yang semua ni bukannya untuk suka2 saje. Bak kata superhero - with huge power comes great responsibility. kan2? Yes.

Halangan besar dah kami tempuhi, sampai satu tahap aku berbisik pada Tuhan, 'Ya Allah aku dah cuba sebaik mungkin. Tolonglah aku Ya Allah, lancarkanlah semuanya. Aku tak harap banyak pun, cukuplah andai semuanya mampu dilaksanakan dengan baik'.

Then, barulah aku dapat fahami yang bahawasanya, dengan tanggungjawab yang bertimbun-timbun dan segala ranjau yang kita hadapi di dunia ini sebenarnya Allah nak mentarbiyah kita untuk sentiasa membulatkan hati padaNya.

Bulat hati, keyakinan, tak semestinya dapat dibuktikan melalui doa selepas solat sahaja. Kadang-kadang akan tibanya satu saat yang kita dapat rasa yang hanya kepadaNya lah kita mengharap. Yang sesungguhNya hanya Dialah harapan kita yang tertinggi sehingga kita mampu berbisik dan merintih seorang diri kerana rasa sangat dekat dengan Dia.

Teringat pesanan Jurulatih, "kita ada Tuhan dalam setiap langkah kita. Jadi jalani hidup seperti orang ada Tuhan. Dia sentiasa ada untuk kita, jadi manfaatkan Dia sebaik mungkin. Bercakap dengan Tuhan."

Subhanallah. Salah satu permata yang dikutip dari kelas latihan silat. How i miss those moments. Jom kita cuba sematkan dalam hati :

"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung"
(Ali-Imraan: 173)

Salah satu ujian paling berat yang aku hadapi, ialah saat diuji dengan kata2 sendiri. Ya Allah, semoga Kau kuatkan hati kami di jalan ini. Tanggungjawab yang kami pikul terlalu banyak untuk dibandingkan dengan masa yang kami ada. Berkatilah usia kami, berilah taufik dan hidayah kepada kami untuk terus istiqomah. Masukkanlah kami semua dalam golongan yang menggunakan masa muda mereka dengan sebaik-baiknya. Amiiin Ya Robb.

Okeh Fatin. Sekarang dah minggu ke-8. Oh tidak. Lagi beberapa minggu nak FINAL EXAM. (0.o) Erm. Apa lagii. Stadi la weh.

p/s: aduyai, tak tahan nak gelak tengok suasana masa test Principle of Chemical Engineering. Walaupun open book test, tapi sapa kata senang bila boleh tengok buku? hehe. gelabah puyuh je aku tengok sume orang.

Ir Aziz dengan coolnye cakap bila kami nampak sangat helpless: "Relax guys, at least you all know where you are..." Dalam hati: "Right sir, still a looong way to go in becoming a chemical engineeer." Papepun, all is well. Masih ada masa lagi.

Optimis sajalahhh~~~



all the best kepada semuaa :)

Till next time~
 

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)