Usaha dan Tawakal

Assalamualaikum,
 



People, I am baack. Hehe. Pada pagi hujung minggu yang nyaman ni, sempat jugak berblogging walaupun kejap lagi dah nak kene gerak untuk training silat. Yes, latihan memang semakin kerap dan intensif (chewah!) memandangkan kejohanan pun tinggal kurang daripada seminggu je lagi. So it's time to gear up everybody!

Oh, tapi alangkah seronoknya kalau ibu, ayah n ida boleh datang UTP masa hari pertandingan nanti. Baru la diorg dapat tengok hasil usaha aku selama ini, kalau tak tu asyik musykil je kenapa aku busy sangat dengan latihan. Papepun, semoga semuanya baik2 aja di rumah :') Maaf ye sebab jaraang sangat boleh balik...

Ada satu soalan, sejauh mana korang kenal si penulis ni ye? Tak tahulah macam mana perangai aku pada kaca mata korang, eceh, tapi ade satu benda yang maybe korang tak dapat discover pasal aku. And that that thing is, aku ni SANGAT susah untuk meminta. Maksudnye, mulut aku ni tak la ringan sangat n laju je nak cakap; Ayah, bila nak belikan henset untuk Atin? dah habis SPM dah niii, beli la yg comei2 sket yer. Ataupun; Wei korang, hari jadi I dah dekat niii, hadiah birthday I jangan lupa yerww (haha. ade ke yg macam ni?)

Anyway the point is, thanks to didikan parents aku, aku dah terbiasa buat bende tanpa ganjaran and always try to be as resourceful as possible.

Ingat lagi last time aku berangan nak hadiah, lepas exam darjah 3 (kot) Ibu janji nak belikan set pensel kaler Luna yg ada 52 batang kaler kalau aku dapat nombor satu dalam kelas, and memang idaman aku lah bende tu sebab aku sangat minat mewarna. Mewarna je la yg boleh pun. Bab2 melukis, tettt. Hehe, papepun alhamdulillah berjaya gak aku capai target tu. Tapi aku pelik, Ibu senyaap je. Dan setiap kali lalu kat supermarket mesti aku tunggu2 saat dia nak offer untuk beli.

Lepas dari saat tu, aku tak sebut lagi pasal pensel warna. Mungkin dia terlupa, atau memang niat dia untuk didik aku. Papepun, tahun2 yang berikutnya dan untuk UPSR, PMR, and even SPM aku still sentiasa usaha yang terbaik dan try untuk buktikan effort aku demi tengok Ibu dan Ayah gembira. Bagi aku, self satisfaction sebab dapat hepikan mereka lebih bernilai daripada segalanya.

For now, sangat berat untuk aku meminta-minta duit dari Ibu n Ayah, sebab aku sedar yang sepatutnya bila dah masuk universiti ni, kita dah boleh ringankan beban mereka dengan duit scholar yang ada dan sebagainya. Sebaliknya, aku masih perlu mengharapkan financial support daripada kedua2 insan ni, and to be frank the feeling is not good at all.

Oleh kerana aku ni memang dikenali dengan sikap keras kepala, jadi aku akan cuba avoid sehabis mungkin daripada minta duit dari depa. Syukurlah, Allah tahu kekuatan aku setakat mana, and Dia uji ni pun sebab Dia tahu aku mampu kawal diri daripada hidup penuh kemewahan. Papepun, aku dah decide. This cannot go on forever, mungkin sampai tahap aku kene cuba nasib di tempat lain.

By the way, latest update from one of my applications:




Allah tidak akan membebani seorang hambaNya, melainkan sesuai dengan kemampuannya. (Al-Baqarah : 286)


Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan untuk aku berjuang di medan ini (walaupun dengan result yang still unknown). Second semester ni memang menguji minda dengan subjek2 yang mencabar, menguji fizikal dengan aktiviti harian yang packed dengan events dan training. Papepun, masa tetap perlu diluangkan untuk aku usaha apply scholarship2 yang lain.

Wahai Fatin, teruskan usaha tanpa henti! hoho. Allah berfirman:



 
Walaupun aku mungkin berat untuk meminta dari Ibu dan Ayah, semoga aku takkan putus asa untuk berdoa kepada Allah. Jangan sesekali lupa yang Allah itu sangat dekat, lebih dekat daripada urat di leher kita. Sudah cukupkah sifat taqwa dalam diri ni untuk mengharapkan dariNya?

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk sentiasa mengabdikan diri kepadaMu. Betapa hidup ini sering buat kita lalai, dan seringkali menjadi hamba yang ceroi terhadap penciptanya. Walau teruk macam mana sekali pun kita, Allah tetap takkan berhenti mengurniakan nikmatNya yang masih tak terkira melalui pelbagai cara. Tergamakkah kita untuk terus berada di takuk yang sama? Astaghfirullah....


Ya Rahman, Ya Rahiim..
 
Walau di mana2 pun aku bakal berada, jadikanlah aku ibarat sebutir benih yang boleh menumbuhkan pulau di tengah2 lautan, izinkanlah aku untuk memanfaatkan peluang yang ada ini dengan menggunakan setiap detik tenaga dan wang ringgit demi menggapai keredhaanMu.
Sesungguhnya hambaMu ini bermohon kepadaMu ya Allah, Engkau berkatilah setiap usaha kami, dan berikanlah kekuatan kepada kami di atas jalan ini dalam mentaatiMu..
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah demi Tuhan sekalian alam..


SG sisters :)
ukhuwwah fillah ~
 
till next time~
 
 
 

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)