Tahniah UTP!
Bismillahirrahmanirrahiim...
Alhamdulillah, berakhir sudah kejohanan yang telah menuntut usaha gigih dan penat lelah selama lebih kurang sebulan. Bersyukur sangat kerana semuanya telah berjalan dengan lancar, bermula daripada malam pertandingan kami telah menerima ketibaan para peserta dari seluruh negara, hinggalah ke akhir majlis penutupan yang dirasmikan oleh Vice Chancellor UTP.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut dengan harapan kemenangan terbukti tidak sia-sia, apabila kami berjaya meraih kemenangan dalam beberapa acara, dan muncul sebagai juara keseluruhan mengalahkan universiti lain. :)
Bagi diri ini, banyak sangat yang telah dapat dipelajari sepanjang menjadi salah seorang ahli keluarga wajadiri CH. Peluang untuk mengenali kawan2 baru yang sporting, berlatih bersama-sama, memberi semangat dan tolong-menolong di kala kami saling memerlukan sokongan, semuanya telah meninggalkan kesan yang mendalam.
Thanks korang for the moral support and banyak memberi tunjuk ajar dalam meyakinkan aku untuk meningkatkan kebolehan diri. It is not the destination that counts, but what we get along the journey that matters. TAHNIAH sume! (^^)V

![]() |
| Medal Kemenangan... |
![]() |
Wajah2 kejayaan selepas majlis penutupan, bergambar bersama trofi
Nida. Fatin. Kak Intan. Kak Wani. Kak Dayah
|
Fuh, lepas selesai semuanya baru betul2 boleh get organized dalam study (ok, saya tahu mmg sangat lambat! hehe).
Jadual dah tersusun, notes sume dah asing2kan, hanya tinggal dibaca je. Next week, akan berlakulah lambakan tests, jadi apa kata study sekarang? Jom~~~
Jadual dah tersusun, notes sume dah asing2kan, hanya tinggal dibaca je. Next week, akan berlakulah lambakan tests, jadi apa kata study sekarang? Jom~~~
"Kemudian apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). "
(Asy-Syarh:7)
Till next time~