What is cinta



Assalamualaikum...

Hari ni tiba2 je rasa tergerak nak post dalam blog, eventhough masa ni sebenarnya tengah khusyuuk baca slides Oil n Gas yang menarik. Anyway, entahlah. Bila terbaca statement seseorang pasal cinta (ehem2) terus tergerak nak respon. haha. time2 gini pulak dahh idea mencurah-curah ke ladang gandum. Anyway, the sentence goes like this:

Cinta dan kasih sayang itu datangnya dari Allah. Jadi, sekiranya kta menyintai manusia, maka sebenarnya kita sudah berjaya menyintai Allah.

Hurm, so apa pendapat kome? Bagi aku statement ni boleh jadi betul kalau kita sendiri fahaminye dengan sebenar-benar faham.


haha. silent love is always so sweet~
 

First and foremost, what is cinta? Aku tahu la aku ni bukannye arif dalam bidang2 gini *chewah, but kita semua boleh tahu kan cinta tu macam mana. Takyah aku nak describe kot, hehe. And from my perspective cinta tu satu elemen indah which makes the world go round. kan2? Cinta, perasaan kasih sayang, dan belas kasihan la yang buat kita treat each other dengan respect and humility.

Dengan rasa kasih dalam diri lah kita sanggup buat macam2 untuk mereka yang tersayang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Lagi-lagi kita sebagai umat Islam, kita tahu yang Allah pun bersifat Maha Penyayang, jadi wajarlah untuk kita cuba amalkan sifat ni dalam kehidupan. Sedangkan Tuhan yang Maha Agung tu pun boleh kasihi hamba-hambanya, ini kan pula kita sesama manusia, sesuatu yang normal lah kiranya untuk kita mengasihi seseorang tu dengan mendalam, asalkan tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Daripada buku yang aku pernah terbaca suatu masa dahulu, Hati Sebening Mata Air, ada satu chapter yang mengupas pasal Cinta Kepada Allah. Betullah yang cinta itu merupakan sebuah anugerah dari Allah buat kita, bila mana kita mencintai sesuatu itu kita mesti akan sentiasa memikirkannya dalam apa jua keadaan. Then, kita seboleh-bolehnya nak lakukan bende yang kita tahu dia suka, semata2 untuk membuatnya sukakan kita, membuatkannya rasa dihargai dah diberi perhatian. And of course, bila dah cinta, kita juga akan cuba sedaya upaya untuk elakkan diri daripada buat benda2 yang tidak disukai dan boleh menimbulkan kebenciannya.

Tapi, since cinta itu sendiri ialah hadiah buat kita, bukan kah kita sepatutnye perlu berterima kasih kepada Yang Memberi tersebut, dan bukannya memandang kepada pemberiannya semata2? Which makes me think, sebelum kita sayang orang lain, sudahkah kita tunjukkan kasih sayang kita padaNya? Sudahkah kita buat perkara2 kat atas tu kepada Allah sebelum yang lain2? Pernahkah kita merintih di hadapan Allah kerana takutkan murkaNya atas dosa2, mengucapkan syukur atas nikmatNya yang meluas buat kita terlebih dahulu, sebelum pikir untuk mengasihi insan lain?

Sebagai tanda penghargaan kita atas pemberian nikmat cinta ni, sepatutnya kita manfaatkannya ke atas perkara2 yang boleh mendatangkan redhaNya buat kita, rather than layan perasaan tu dan terlibat dengan perkara2 yang melekakan. Such as? Well.. Lu pikir la sendiri ye, den maleh nak kabo. Tapi kita semua ibarat dah lali dengan situasi2 camni, maybe sebab hebat sangat digembar gemburkan dalam media dan sebagainya, yang membuatkan kita fikir percintaan tu is a must dalam hidup sebagai remaja.

As for me, love is something very precious, which should be given to those who earn it. Nak bercinta suka2 je dengan someone just untuk mengisi kesuyian, or sebab kita ada persamaan minat dengan dia and anggap dia macam soulmate yang dicari selama ni? Pfftt. Bila berkawan tu, tak lengkaplah kalau tak disertai non-stop texting, calling, makan dan bersiar-siar kan? Secara jujurnya, aku pernah diuji sebelum ni tapi entahlah, tanya IMAN di dada sendiri. Berfikirlah dengan mata hati awal-awal sebelum ia mula leka dan dikotori. Papepun, sekarang aku tenang dan bahagia melalui usia remaja dalam perjuangan untuk menyahut redha Ilahi.

 
"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan adalah yang membuat hatimu tenang. Sedangkan keburukan membuat hati bimbang dan ragu.” (HR Ahmad).



Surprise hari jadi ~~
 

 

The prankers~~
 



Thanks :') sayang korang jugak

 
 

Berlatar belakangkan tasik yutipi~~
fatin. nida. mirah. tiara. syazmira. che put. syuhada. meryk.
 


thank you my lovely sisters :)
 

Even though tak pernah terlibat pun dengan serius dalam cinta monyet sebelum ni, aku still ada perasaan cinta tu, kpd parents aku, adik beradik, my whole BIG family, my teachers dan sahabat seperjuangan dan sepersekolahan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Dan walaupun tak sehebat mana, aku pun amat cintai Allah dan Rasul and still in process untuk mengenali dengan lebih mendalam, sebab bukankah tak kenal maka tak cinta? :) Ingin kenal Allah?

Baca suratNya untuk kita yang penuh dengan nasihat dan petunjuk yakni Al-Quran. Ingin kenal Rasulullah? Hayatilah sirah Baginda sedalam-dalamnya, dan lihat bagaimana dalamnya cinta sahabat buat kekasih Allah. Saad bin Rabe', seorang pejuang yang cedera parah dalam peperangan, setelah dijumpai oleh Zaid bin Tsabit yang disuruh oleh Rasulullah untuk mencarinya, meninggalkan pesanan: :

"Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka, bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian. Bahawa jika anda masih hidup sedangkan kamu tidak mempertahankan Nabi sehingga Rasulullah SAW dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."


Kemudiannya beliau menghembuskan nafas yang terakhir sebagai pejuang Islam demi mempertahankan misi dakwah Rasulullah saw.

 
Kesimpulannya, mari lah kita jadi pencinta yang sejati, eceh. Kita sendiri faham kan untuk siapa cinta itu perlu diberikan terlebih dahulu? dan untuk cinta sesama manusia, kita sendiri lah yang mencorakkan kesucian cinta tersebut dengan perbuatan kita. Untuk apa dipersiakan masa dengan perbuatan sia2 yang tidak pasti penghujungya, sedangkan kita patut menyiapkan diri untuk menghadapi pengakhiran yang dijanjikan?
 

 
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat 49:1)

 

Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)