Zuhud (edited version!)
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk aku perbaharui post kali ini, walaupun terpaksa curi peluang menaip dalam bas on the way balik ke UTP terchinta. Hari ini, 6 Feb, genaplah usia Ayah 49 tahun, semoga Ayah terus gagah berbakti kepada nusa dan bangsa (chewah). Mudah-mudahan dengan bertambahnya angka, meningkat juga ibadah dan amalan kebajikan agar lebih dekat kepada Yang Maha Pencipta.


Actually, idea untuk post kali ini timbul sebaik sahaja selesai mengkhatamkan buku ‘Tundukkan Hati’, nukilan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Habis juga akhirnya ye, walaupun entah berapa lama dipinjam daripada saudari Nadiah dan dibawa ke merata-rata tempat =) Isi buku ini tidaklah begitu berat, amat mudah difahami dan endingnya pula yang berbicara tentang sifat Zuhud amat menyentuh hati. Kisah-kisah para sahabat yang menyerlahkan kezuhudan mereka betul-betul membuatkku berfikir dan amat mudah untuk direlate dengan kehidupanku hari ini.
“ Sekiranya dunia ini setara di sisi Allah dengan sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi air sebagai minuman kepada orang kafir.”(Sunan At-Tirmizi: 2242)
Cuba kita renungkan betapa hebatnya penghayatan para Auliya’ tentang nilai dunia yang tiada tolok bandingnya dengan kehidupan di akhirat. Mereka betul-betul menghayati perjuangan Rasulullah dan menanamkan sifat zuhud di dalam hati mereka sebagaimana yang Baginda lakukan. MasyaAllah, seorang kekasih Allah yang telah dijanjikan syurga tetap mengawal dirinya, sehingga diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aisyah RA bahawa, “Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang makan gandum selama tiga hari berturut-turut sejak baginda tiba di Madinah sehingga baginda wafat.”
Sifat zuhud ini terbahagi kepada tiga menurut Imam Ahmad; Pertama, meninggalkan perkara-perkara yang haram, dan ini adalah zuhud orang-orang awam. Kedua, meninggalkan perkara halal yang tidak berguna dan ini adalah zuhud orang-orang yang terpilih. Ketiga, meninggalkan hal-hal yang menyibukkan seorang hamba sehigga melupakan Allah swt, dan ini merupakan zuhud orang yang bijaksana.
Apabila sifat zuhud sudah mula bertapak di hati, maka kekayaan, waima pangkat setinggi gunung pun takkan dapat melalaikan diri daripada terus mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Agung. Lihatlah, bagaimana zuhudnya Khalifah Umar al-Khattab sehingga beliau mengharamkan dirinya daripada benda-benda yang baik mutunya, kerana bimbang tidak mampu untuk mensyukurinya. Golongan ini sedikit pun tidak lokek dalam bab bersedeqah dan menginfakkan harta , kalau boleh seluruh jiwa dan raga ingin diberikan untuk Islam.
Dalam kisah Abu Ubaidah Bin Jarrah RA, beliau memiliki dua tangan; satu tangan digunakan untuk menginfakkan harta dan menyenangkan hati orang-orang miskin, manakala satu tangan lainnya digunakan untuk berperang dan menebarkan rasa takut di hati musuh-musuh Allah SWT. Subhanallah..Bila difikirkan, apa je yang tangan aku dah sumbangkan untuk Islam? T.T
InsyaAllah, dengan kudrat dan ilmu aku yang tak seberapa ni, aku akan cuba memanfaatkannya sebaik mungkin. Jadikan nikmat sebagai alat untuk berkhidmat ! Teringat kata-kata Fiq a.k.a Syafiqah, “Ala Tin, tengok ko.. Takde scholar, tapi ayah dah ready nak bagi kereta. Ramai lagi orang yang ada scholar dan nak kereta taw, tapi diorang tak pun dapat kereta.” Hehe. Iyela Fiq :) aku terharu dengan concern Ayah, sampai sanggup repair kete antik kat rumah tu pastu amanahkan kepada aku dengan confident. Haih, tapi buat masa ni harap2 dapat la siapkan lesen P cepat. Bila dah ada lesen nanti baru la lebih yakin nak bawak orang nek kete jauh-jauh.
Hari tu, masa Ayah offer nak belikan laptop second-hand untuk gantikan laptop lama die yang dibeli tahun 2005 dulu (laptop pun antik kan? ;p), sekali lagi aku garu kepala. ‘Takpe Ayah, laptop lama tu okey. Boleh je gune untuk buat keje, tough lagi tu, macam tuan dier la", aku cuba nak persuade tapi tetap tak berjaya. Seriously, duit beli laptop tu boleh gune untuk hal lain yang lebih urgent. Pastu tiba-tiba Ibu pulak bisik, "Ala Tin, amek je la dah Ayah nak bagi tu. Bagus la dia nak spend duit kat anak-anak die….". Erk, okey. Terima kasih sangat2 ^^.
Daripada kata-kata Fiq tu, aku terfikir. Nikmat Allah ni macam-macam bentuk kan, terpulang la pada kita nak bukak mata hati atau tak untuk menyedarinya. Kadang-kadang, fikiran kita terbelenggu memikirkan apa yang kita tak dapat2, sampai terlepas pandang apa yang dah sedia kita miliki selama ni. Yakinlah, aturan Allah itu yang terbaik. Kita cuba usaha, tapi dapat ke tak tu pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Ya Allah, jadikanlah aku seorang anak yang dapat menyejukkan hati kedua orang tuaku. Sungguh besar pengorbanan mereka, dan aku harap mereka dapat merasakan kegembiraan di sebalik keperitan yang mereka alami setelah berkongsi kejayaanku suatu hari nanti. Aku takut kalau-kalau aku mengecewakan mereka, ataupun melupakan jasa2 mereka kelak. Nauzubillah…"
Ayuh semua, gunakan masa muda kita ni dengan sebaik-baiknya. Hentikanlah tabiat kerja last minute, dan kita kene sedar yang kejayaan is directly proportional dengan usaha. Jadi, kalo tak study jangan harap la nak faham Dr Bambang ajar Physical Chemistry kat depan tu ye Fatinn =.=” Belajar bersungguh-sungguh, jangan nak blur2 lagi lepas kelas. Ish3, apo nak jadi. Yang paling penting, bila belajar tu bukan sahaja baca subjek akademik, tapi kita pun kene ambil tahu pasal agama, sebab itu memang tanggungjawab kita. Setinggi manapun kita belajar, matlamat hidup kita tetap takkan lari daripada mendapatkan keredhaan Allah. So, camne lagi nak dapatkan Mardhatillah kalau bukan dengan buat benda-benda yang mendekatkan diri dengan Dia kan? (^.^)
“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azam yang pedih? (Yaitu) Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(As-Saff:10-11)
till next time. wassalam,
~nffm~

