Some Things Are Not Just Easily Said..
Di celah-celah keheningan malam nan sepi, Tanpa diduga kesedaran dan kekesalan datang menerpa, Membawa hati dan fikiran ini menyelami peristiwa2 semalam, Peristiwa2 yang terlalu berharga buat diri ini, Tak dapat digambar walau dengan seungkap kata, Yang pastinya si hati kecil terlalu bersyukur atas anugerah ini, bukti kasih sayangMu ya Rabbul 'Alamin...
Terima kasih Ya Allah,
Kerana mengurniakan aku peluang untuk benar2 memperbaiki diri, Meski pun aku ini hanyalah seorang hambaMu yang lemah dah dipenuhi kealpaan, Pintu rahmatMu masih terbuka untukku, Memang benar cintaMu terlalu agung buat hambaMu, Kaulah pencinta setia yang memberikan segala2nya yang telah dikecapi, Namun, kadangkala hambaMu ini terlalu dibuai dengan dengan dunia, Terlalu lena diulik angang-angan dan fantasi, Hingga terlupa bahawa jalan kepadaMu sentiasa terbentang luas, Hingga tersasar daripada matlamat agung dalam kehidupan ini, Yakni hanyalah semata2 untuk bertemu denganMu Ya Allah dalam keadaan yang diredhai..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Peganglah hati hambaMu in sekuat-kuatnya Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami semua hidayah dan taufiq untuk meneruskan mujahadah ini, Untuk sentiasa istiqamah dan ikhlas, Peliharalah diriku dan sahabat2ku dalam menghadapi segala godaan hidup..
Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Sesungguhnya tidak sesekali aku dapat menjangka adakah aku bakal memperoleh peluang kedua selepas ini, Jadi kuatkanlah hatiku untuk terus menggenggam kesedaran ini dan berubah ke arah kebaikan, Kau hindarilah kami semua daripada menjadi golongan yang rugi, yang hari ini sama dengan hari semalam, Serta janganlah sesekali Kau matikan kami ketika berada dalam golongan orang2 yang celaka, Kerana membiarkan hari ini lebih teruk daripada semalam, Astaghfirullah.. la Haula Wala Quwwata Illa Billah..
*Sedikit coretan di malam hari, tiba2 rasa nak berpuitis pulak. Amiinn Ya Robb. Post ini juga ditujukan untuk semua sahabat2 seperjuangan. Sayang kalian, semoga kita saling kuat menguatkan ^^
"Hai orang-orang yamg beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."
(Ali Imran, ayat 102)
Very3 grateful to be blessed with such happening Jan 10 friends and coursemates. 4 more years to go, y'all!
*credits to Hidayat*

aktiviti masa lapang di kampus. bagi ikan makan koko krunch :)
![]() |
| alhamdulillah. One of my wishes that came true ~ |
Well, looks like my semester break is only a week left and there's still so much to figure out. Currently I'm trying to get over with my driving licence, which seems to take forEVER. haha. And also not forgetting the biggest mystery ever, about my scholarship and my course for next semester. It seems not too late to do a deep research once more, (right?) just to make sure if Chemical Engineering is really the course of my dreams. Don't worry coursemates, I'll try not to forget sharing it with you guys all about it ;)
Guess that's all for now. A quote to be shared~
Prinsip Hidup sebenar seorang Muslim:"Hidupnya dimuliakan dengan Islam, Matinya kerana memuliakan Islam."
InsyaAllah. till next time,
~nffm~

