Tentang Aku


Assalamualaikum...

Thank you Allah for giving me the opportunity to write in here again. I feel really grateful for this enjoyable weekend, where I can have some rest and study while enjoying the moments along my buddies =) The events that occurred to me over these past few weeks have really got me into a deep, DEEP thought. It's been two or three nights since I've been lying awake in bed, thinking about the future, this time with clearer view of my goals in life, exploring my deepest wishes. And as a result, I really want to keep note of what I've been thinking; of who I really am, what I want in life and things that I should do from now.

Therefore, I guess this entry would be kind of long and for those who think this is lame or whatever, you can just skip this post i guess, okay? hehe. This is a special note to the Heart, that unexceptionably can get carried away sometimes and always need to be reminded.

So here. Dear Heart,


Tentang Aku,

Nama diberi oleh ayahanda tercinta ialah Nur Fatin Filzati Binti Mahmud. Sejak kecil membesar di sekitar Selangor walaupun tanah tumpah darah di Kem Terendak, Melaka. Dididik sejak kecil dengan tegas oleh Ibu dan Ayah (tegas sebab dulu masa kecik memang nakal+degil+buas+rebellious+dll) huhu. Bila fikir balik, itulah yang terbaik buat diri ini kan. Dengan cara itulah aku jadi siapa aku sekarang. Sejak kecik aku impian aku ialah NAK TOLONG ORANG.


Dulu aku minat gila dengan Sains dan rasa subjek tu macam senang, jadi bila cikgu tanye je, "Besar nak jadi apa?", aku pun dengan selambanye jawab, "Doktor", tanpa berfikir pun. Sebab waktu tu, aku ingat jadi doktor lah boleh tolong ramai orang. Bila2 family sakit boleh tolong, boleh berbakti kepada masyarakat, kalo cukup berani, siap boleh pergi tolong mangsa perang kat Palestin lagi. Tapi, as time goes by, aku sedar yang aku nie tak mampu nak mengadap semua tu. Takut darahkah? Yang pasti, aku mula yakin pasal ni lepas je ikut sesi orientasi budak2 form 4 SMKAMH, masa slot penyembelihan o.0 .. so masa tu semua orang patutnye ambik bahagian dalam penyembelihan, sebab burung puyuh cukup je untuk semua, tapi last2, aku nie, penolong ketua fasilitator, sorang je yang tak buat sembelihan tu dalam diam. hoho. rahsia terbongkar! oh well, habes skolah da pun kan. hihi. Iye la, burung tu punye la baik dok diam, memang tak tergamak aku nak toreh leher die dengan pisau. uhuhuk.


Tapi takpe, lepas sedar yang aku takde harapan jadi dokter, aku pun suarakan pendapat kat Ayah, "Ayah, kalau Atin join jadi askar camne?" Jawapan Ayah, short and precise, TAK PAYAH la. Bagi aku, okey jugak pe join askar macam Ayah, aku pun minat bende2 lasak nie. Tapi Ayah dah lalui semua tu, dan mesti ada something yang buatkan dia menolak permintaan puteri sulung dia ni kan. Finally, kaunselor announce pasal UTP kat skolah. Tap! Idea datang, engineering macam okey je. Huhu, pelik betul macam mana fikiran boleh beralih arah 180 degrees.


Apply2, dapat pulak, chemical engineering. Lepas buat research pasal jobscope, tanye family history, ghupe-ghupenye ade mak sedara sorang tengah amek PhD dalam course ni jugak kat UK (Bukan Ulu Kelang yer!) InsyaAllah, sejak tu keyakinan pun datang, at least ada la genetik amek engineering gak kan. keh3. Tapi yang pasti, aku still nak jadi Engineer yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan agama. Amiin. Dengan izin Allah, itulah aku.

Tentang Cinta...

Okey, sebenarnya this is not the main point. Cuma hakikatnye, dalam hidup ni takkan terlepas dari cinta kan, baek cinta kepada Allah mahu pun kepada manusia. Apa yang sering dinasihatkan kepada si Hati ini ialah untuk betul2 mencintai Dia yang Maha Menyintai dahulu pada usia sebegini. Bila hati dah benar2 cinta, maka keyakinan terhadap Yang Maha Pengasih akan sendiri tertegak. Setelah kita dikurniakan rasa kasih sayang kepada makhlukNya kelak, kita tak akan pernah terlupa terhadap tuan punya anugerah itu sendiri yang mengurniakan perasaan itu pada kita.


Therefore, walau apapun yang jadi antara kita dengan insan yang kita kasihi tu satu hari nanti, tak de apa yang dapat menggoyahkan keimanan kita terhadap aturan yang Maha Kuasa, kerana sesungguhnya kita mencintainya pun kerana Allah.
Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh ye Fatin untuk mencintaiNya.. kalau rasa down, rujuk balik chapter Mencintai Allah dalam buku 'Hati Sebening Mata Air' tu. Jangan sesekali putus asa, buang la mana2 yang tak baik, cuba perbaiki lagi diri. Pegang betul2 10 Muwasafat Tarbiyah.

Tuhan selangkah kurapat kepadaMu,
Seribu langkah Kau rapat padaku...

Kepada awak yang saya tunggu, entah siapa lah awak ye. Mungkin ex-schoolmate or classmate, or maybe awak ni saya tak pernah pun jumpa lagi sepanjang saya hidup dah 18 tahun. Sebab tu la saya tak nak terlibat dengan cinta2 monyet remaja ni, saya nak bercinta dengan seorang je, setelah dia halal bagi saya. Tapi takpe, saya sanggup tunggu awak sampai masa yang sesuai dan saya dah bersedia. Kalau umur tak panjang pun takpe, kita jumpe di syurga je nanti ya :)


Tentang Impian dan Matlamat,

Salah ke kalau aku ade cita2 yang besar? Impian yang menggunung tinggi? Bila dishare sikit ngan parents, Ibu selalu cakap, "Fatin memang, semua ko nak buat.." Tah la, tapi aku fikir aku boleh. Aku cuma nak manfaatkan nikmat Allah pada aku dengan sebaik-baiknya fi sabi lillah. Mungkin dengan keadaan aku sekarang yang agak helpless tanpa scholarship, semuanya macam imposible. Tapi aku yakin, Allah is by my side. Semoga Allah kabulkan apa yang terbuku dalam hati ni, Amiin (T.T)


Allah boleh je jadikan hidup aku lebih senang, dapat semua yang aku nak, tapi setelah ujian ni aku lalui, banyak yang aku sedar. Ketenangan ni ada hikmahnya. Kalau aku tak berada kat bawah macam mana aku nak appreciate apa yang aku ada kan? Dan keperitan ni membuatkan aku betul2 nak jadikan setiap saat dalam hidup nie bermakna. InsyaAllah, take one step at a time.


Life is not all about getting an established job and high-paid salary. Kalo sesimple itu je matlamatnye, kita ni kira macam robot je lah, takde function yang sempurna. Hidup di dunia ni ibarat satu persinggahan je, untuk kita ambil bekalan menuju ke destinasi hakiki.

Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah..



Dan.. tentang kini...

insyaAllah, bakal bersambung :)

till next time~~
nffm..


Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)