please mind.
Assalamualaikum,
"menjaga kesihatan dengan baik adalah bukti kesyukuran kita kepada Tuhan"
Fatin. Fatin. Fatin. TAKE NOTE!!!

Esok kami bakal bertolak ke FELCRA Nasaruddin bagi menjayakan event HEALTHPRO yang berlangsung selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Tapi, sebenarnya sejak Khamis lagi kami dah berulang-alik ke sana untuk buat persiapan. Petang tadi, rehearsal opening ceremony mula pukul 3, aku pun tak pasal2 terlibat sebab jadi usher. Punyela gigih (chewah) kitorang bekerjasama setup dewan sampai lah ke lewat petang. Time maghrib baru sampai di UTP, pastu malam pulak ada slot Training of Trainers (TOT) di poket D6 pukul 9. Then, lepas habis TOT, department kitorang, Activity and Event, terus gerak ke V2 foyer untuk siapkan bahan2 exhibition. Aku pun pasrah je la buat keje walaupun dengan perut berkeroncong. Seb baek la member2 yang dok buat kerja sama2 tu semua nye hingaq menceriakan suasana. Takde la rasa bosan sangat buat kerja walaupun habis dalam pukul 2 pagi (~_~). Huhu. Yang penting, we all did it together.
Tetiba teringat lak soklan seseorang kat aku pagi tadi, "Eh Fatin, ko tak penat ke buat keje2 gini?". Heh. Dengan coolnye aku jawab, "Kalau dah suke tak penat la." Betul la, seronok rasanya dapat berbakti kat masyarakat sekali-sekala. Pesan kak Jia; korang kene ingat taw tujuan sebenar kita buat program kat penduduk kampung nie. Diorang dah la penat bekerja seharian cari rezeki, ni la peluang kita nak tolong diorang ambil berat pasal kesihatan. Mana tahu, satu hari nanti akan ada students lain yang buat gitu kat parents kita or even kat kita sendiri bila kita dah tua.
InsyaAllah, kata-kata ni la yang buat aku terus bersemangat untuk terus membantu menjayakan program HealthPro ni. Tinggal 2 hari je lagi untuk bekerja keras, pagi sampai petang. Memandangkan next week memang packed dengan quiz dan test, nampaknye ni la entry terakhir untuk bulan ni (kot). Let's see, hari Isnin quiz Calculus. Selasa test Physics. Khames test Calculus. Then lepas test tu aku bercadang nak terus balik rumah, dah lama sangat tak jenguk family, huhu. Hanna pun tak lama lagi nak amek exam besar dalam hidup die. Aku mesti tolong die wat preparation. Hurm, harap2 plan aku nie tercapai. Memang sweet escape lah kalau dapat kelik dumoh. Heheh.
Hadoi. Cuak bila pikir pasal test. Ke mana lah perginya kegigihan aku study sebelum nie. Asal dok bilek je cepat bosan, bile pergi IRC rasa cam senyap sangat la pulak, tak lama pastu start menguap (haih). Adakah ini bermaksud aku rindukan suasana belajar di classroom? Papepun, mana boleh gitu, aku kene try gak ubah pemikiran, tingkatkan usaha. Subjek2 sem ni semuanya menuntut kerajinan yang tinggi. Chaiyok2, semoga Allah mempermudahkan urusan :)
Okay, let's get into action ASAP. Cakap je tak gune. Tapi sebelum tu, ade satu quote yang dishare oleh Kak Roza kat Gmail. I like~
Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita.
Till next time, wasalam.
~nffm~