Mujahadah


Nature+033.jpg (400×300)

Assalamualaikum,,

Post kali ini ditulis dengan bermacam-macam perasaan yang bercampur-baur. Susah betul nak translate dalam bentuk perkataan. Hmm.. nampaknya aku pun tak terlepas daripada gangguan emosi macam insan lain kan dalam dunia ni, dan memang tak suka sangat-sangat nak mengharunginya, tapi aku tengah cuba la tak nak terlalu get carried away sangat. Takut diri sendiri dan orang sekeliling yang merana. InsyaAllah, aku sekarang tengah dalam proses semakin matang (kot) dan nak jadi lebih cool. Hehe.


Cukuplah ye dulu member-member kat sekolah pernah terkena penangan aku, kalau boleh tak nak la semua kejadian2 pahit tu berulang balik. Maaf ye semua, kadang-kadang aku ni cepat angin, dan usually memang obvious la daripada raut wajah atau intonasi aku. Nak wat camne kan, tapi actually as aku tengah menaip ni temperature aku turun sudehh, oh.. mungkin jugak faktornya sebab aku tengah duduk dalam lab programming yang beraircon sejuk nie sambil surfing tenet dan tunggu orang lain datang, hehe, sekali dengan my besties, mirah n tiara. Tapi biasanya memang kejap je angin aku surut. Harap2 dapat difahami ya, give me some room to think and eventually I'll get over it.


As a student, tak dinafikan banyak juga tanggungjawab kita sebenarnya. Bagi yang concerned, tentu dah sedar yang tugas kita bukan hanya study untuk diri sendiri, tapi untuk belajar bersungguh2 lillahi ta'ala kerana kita nak terus berbakti kepada ibu bapa n keluarga, masyarakat dan juga agama Allah. Tiba-tiba teringat pulak pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,

"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya."

Betul kan, kalau boleh macam-macam kita nak buat, kita nak study, nak buat kerja2 Islam, nak enjoy life ngan family dan kawan2,, dan banyak lagi. Aku sendiri pun ade list bende2 yang aku teringin sangat nak buat (kalo sempat), tapi masalahnya masa ni macam terlalu pendek dan sometimes 'kita kene korbankan bende yang kurang penting untuk bende yang lebih penting' (Quote daripada Ibuku terchenta).

Daripada kecik asyik dengar benda ni diulang-ulang je, tak faham sangat pun. Dulu selalu gak terasa bile nak gi lawatan je or kluar ngan kawan2 Ibu tak kasi sebab katanya tak berfaedah. Tapi sekarang barula aku faham, dengan cara tu aku dilatih supaya berfikir dgn mendalam dan always look up to my priorities. Ini tak bermakna aku seorang yang skema okey (-_-) , bile dah beso ni aku bebas la buat pilihan untuk keluar bile2 perlu~

Hidup ni memang macam satu persinggahan, dan sekarang kat UTP nie aku cuba kutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dan cuba mempraktikkannya, agar InsyaAllah hari esok lebih baik dari hari ini. Drpd buku Quantum Tarbiyah yang masih dalam proses pembacaan~

"Tak kudapatkan cela yang paling besar pada diri seseorang selain kemampuannya untuk sempurna, tetapi dia tidak mahu berjuang untuk meraihnya".(Abu Thayyib Al-Mutanabbi)

Sememangnya kita insan yang penuh dengan kelalaian dan sifat alpa, tetapi tak mustahil untuk kita ikhtiar memperbaiki diri ke arah kesempurnaan. Allah dah ciptakan kita dengan pelbagai kelebihan yang tertanam dalam diri dan Dia sangat kenal dengan hambaNya. Ujian yang diberikan pun pasti sepadan dengan kemampuan kita. Oleh itu, terpulanglah kepada kita untuk menggunakan kebolehan diri semaksimum mungkin sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah tersebut.


Pigeon+Point+at+Dawn,+San+Mateo+County,+California.jpg (400×300)


Sebab itulah tajuk post kali ini mujahadah, a.k.a berusaha bersungguh-sungguh, yakni untuk memantapkan diri kita di hadapan Allah. Memang diri ini banyak kelemahan, tetapi apa salahnya kita CUBA UBAH DAN USAHA ke arah yang lebih positif. Luahan ini khas untuk mereka2 yang disayangi, semoga dapat terdetik walau sedikit pun semangat untuk terus bermujahadah. Jangan sesekali berputus asa untuk mencapai yang terbaik. Walaupun hasilnya tak besar mana, tapi apa yang penting adalah effort kita. No pain, no gain. Sama-sama la kite berusaha ya, Uhibbukum fillah. Tak dilupakan juga kepada diri sendiri, semoga entry kali ini sentiasa dapat me'refresh'kan semangat aku di kala down. InsyaAllah, kita semua harapkan natijah amalan2 kita bakal membuahkan pengakhiran yang baek dan diterima di sisi Allah Ta'ala. Amiin~

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakh yang lebih menepatinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar"
(At-Taubah:111)




sunset31.jpg (560×357)




Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)