Kegilaan apakah ini



Jujurnya, aku susah nak berpatah balik bila kene panggil 'gila', dek kerana perbuatan yang orang lain tak boleh nak faham. Takpe la, nak buat macam mana kan. Walaupun Ibu sendiri, kadang-kadang dia pun surrender dan layankan aje. Teringat lagi masa itu kami tengah cuti semester selama empat bulan. Lepas sebulan lebih duduk di rumah, aku pun cepat je offer diri nak cari kerja sambilan. Akhirnya jumpa juga, sebagai promoter di sebuai kedai yang menjual barangan persekolahan. Beg sekolah, baju, buku, kasut, baju kokurikulum, dan macam-macam lagi lah.


Ibu: Esok kerja berapa  lama?
Aku: Macam biasa la Ibu pergi pukul 9 pagi, balik dalam pukul 9 atau 10 malam....
Ibu: Berapa ribu gaji dapat? Gila semacam je bekerja..
Aku: ..... *Tunduk* (Soalan berbaur sarcastic di situ. Bahaya kalau jawab. eheh)


Biasa lah tu, dah dekat tahun baru. Orang pun ramai la nak cari peralatan sekolah anak-anak. Aku tahu Ibu dan Ayah diselubungi perasaan kasihan sebab tengok aku bekerja mati-matian. Amek hang nak sangatt kerja. Geram pun ada pastinya, sebab walaupun macam-macam sogokan yang ditawarkan, aku tetap teguh dengan pendirian untuk bekerja sampai akhir tahun.

Sogokan tu termasuklah upah sepuluh ringgit cuci kereta, kelas masakan di rumah, upah jaga adik (-_-) Tak payah bagi upah pun takpe, itu memang tanggungjawab aku sejak dulu lagi. Tapi bila kerja ni lain. Kita jumpa environment baru, layan customer berbeza hari-hari. Alhamdulillah, semuanya lancar.

Penat, tapi seronok! Siapa tahu, di tempat itulah aku ditakdirkan belajar. Tentang manusia dan kehidupan.

Aku dan adik-adik comot v(^^)v

Sepanjang beberapa bulan di sana aku dipertemukan dengan rakan sekerja yang kebanyakannya pelajar sekolah menegah yang bukanlah berada di kelas-kelas harapan. Sekali tengok, mereka ini seperti tiada wawasan. Mencari duit sekadar untuk berpeleseran di hujung minggu.

Tapi setelah mengenal hati budi dan kisah masing-masing, telah banyak yang dilalui oleh adik-adik ini. Merasa erti kepahitan sejak kecil. Tapi masih mampu ketawa dan mencari bahagia. Walaupun hakikatnya sentiasa  dipandang rendah keluarga kerana tidak cemerlang dalam peperiksaan, ada yang hidup dengan bapa yang tidak bekerja dan juga yang bekerja untuk mengumpul duit demi merealisasikan impian belajar di IPT.

Gigih dan cekal sungguh adik-adik ini menempuh kehidupan dengan usaha dan cita-cita sendiri. *Tabik!*

Semoga tuhan sentiasa bersamamu, dik..


Syair Imam Syafie

Dan kini setelah setahun, banyak yang dah berubah. Tiada lagi Ibu yang aku boleh temankan di rumah. Duduk di atas katil tempat dia berbaring, sambil urut betis dan kaki dia yang sering kali keletihan. Badannya sudah terlalu penat barangkali, tetapi tidak mampu menandingi semangatnya yang tak pernah luntur.

Aku sudah terlalu terbiasa dengan suaranya, dan kini terlalu sangat merindui. Leterannya, marahnya, tegurannya yang perfectionist dalam menguruskan rumah. Yang membuatkan aku terdiam sejenak berfikir, banggakah dia melihat aku sekarang membuat semuanya?

Mungkin tidak sesekali menjadi sehebat dia, kerana dia memang tiada tandingan :")
 
 
Ayah: Betul ke Fatin nak kerja kat restoran pak cik tu?
Aku: Haah Ayah, takpe tolong-tolong saja nak cari pengalaman. Lagipun dekat dengan rumah.
Ayah: Ye la, tapi Sabtu dengan Ahad kan? Isnin sampai Jumaat dah la kau praktikal kat KL. Rehat je la. Nanti siapa nak kemas rumah  (Err. Ayah?)
Aku: Sampai petang je kerja, nanti balik Fatin boleh buat
Ayah: Ok, tapi nanti Fatin penat...

Terima kasih Ayah. Kerana masih percayakan aku dan kegilaanku ini. heh 
Terima kasih kerana tidak membiarkan langkahku termati di rumah. Dan memberi ruang kepada anakmu untuk pergi dalam pengembaraannya sendiri.
 
Kita takkan pernah tahu kan, di mana tempat sesuatu hikmah itu akan ditemui? Oleh itu pergi lah, jangan ditunggu lagi.

InsyaAllah, aku akan sentiasa cuba yang terbaik untuk menggembirakan mereka, dan menjalankan tanggungjawabku seperti biasa. Kerana aku tahu jika mereka gembira, Ibu pun bahagia di sana.
 
Mestilah, kerana aku terlalu sayang. 
Sentiasa.  

Sabtu ni mula kerja di restoran. Dah berapa banyak kali kerja pun nervous jugak. Haihh.
Semoga baik-baik saja semuanya :)

    

Comments