Cuti belajar, tapi tak cuti sebagai Hamba Allah :)
Bismillahirrahmanirrahiim...
Dengan tamatnye final exam semester May 2011, maka bermulalah cuti yang saaaangat panjang, yakni selama 4 bulan buat sebahagian besar warga kampus yang memang sudah lama dinantikan. Tapi, tak semua akan bercuti sebanyak itu, sebab ada juga golongan 'terpilih' yang tetap meneruskan pengajian selepas kurang lebih 2 minggu bercuti. Ganbatte2!
Freshies intake September 2011 juga akan mendaftar masuk. Hurm, adik2 juniorku takde ke yang berminat masuk UTP? Mai la, kat sini memang best *eh, terpromote plak*. Seriously, tapi iklan ini ditujukan kepada yang dah ada scholar sahaja ya. Kalau tak, agak tenat la nak belajar kat sini dengan mengharapkan duit mak ayah.
Please, don't make that your first choice okay? =')
Freshies intake September 2011 juga akan mendaftar masuk. Hurm, adik2 juniorku takde ke yang berminat masuk UTP? Mai la, kat sini memang best *eh, terpromote plak*. Seriously, tapi iklan ini ditujukan kepada yang dah ada scholar sahaja ya. Kalau tak, agak tenat la nak belajar kat sini dengan mengharapkan duit mak ayah.
Please, don't make that your first choice okay? =')
Sebenarnye, hati ni rasa sangat tak keruan. Eh, kenapa pulak niee fatin? Nak cuti kena la hepiiii. Hehe.
![]() |
| Kene hepi macam ni kee? *yeay cuti* |
Mula-mula, bila fikirkan dapat jugak berehat selepas 2 tahun pulun belajar tanpa henti, memang la ada perasaan lega tu. Sebab nanti boleh ada masa untuk diri sendiri, buat benda yang kita suka. Boleh khatamkan macam-macam buku ilmiah, selain buku teks. Boleh luangkan masa dengan keluarga tercinta. Aku akui, perasaan gembira pasti datang.
Tapi sekarang ni, baru 2 hari takde kuliah hati dah mula rasa gelisah. Hehe, macam ni lah kan manusia. Bila assignment menimbun, kelas berderet-deret, test dah dekat, kalau boleh nak mintak lebih masa. Tapi sekarang, bila dah betul-betul lapang tanpa ada pape bebanan, mula la tak sedap duduk.
Ya Allah, 4 bulan tu sangat panjang. Banyak boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut, dan sedar tak sedar sebenarnye kelapangan masa itu juga satu ujian Tuhan;
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." [21 : 35]
Buat diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan yang bakal bertebaran di muka bumi Allah nanti, sama-samalah kita jadikan cuti kita ini cuti yang bermanfaat kepada diri sendiri serta orang sekeliling kita. Tak kisahlah walau di mana pun kita berada, tanpa sahabat-sahabat di sisi sekali pun untuk beri sokongan, yakinlah bahawa Allah sentiasa dengan kita dan sedang melihat apa yang kita lakukan.
Bak kata tajuk post kali ini, Cuti belajar, tapi tak cuti sebagai Hamba Allah. :)
Ya Allah, Engkau kekalkanlah taufiq dan hidayah ke atas hambaMu ini, janganlah Kau biarkan aku terus leka oleh godaan syaiton.
Hati ni sangat gembira apabila tengok penghijrahan seorang sahabat yang telah berjaya berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah, semoga aku terus dikurniakan kekuatan juga. Tak dinafikan, kita mesti dah tetapkan matlamat sepanjang tempoh 4 bulan ni kan? Ada yang nak kerja la, atau jadi suri rumah sepenuh masa *wewiit*, nak ambil lesen memandu, nak belajar bahasa dan lain-lain. Baguslah, aku?
Fatin: Ibu, erm.. Atin ingat cuti panjang nanti nak kerja la..
Ibu: Takpe, Atin kerja kat rumah je. Jaga Wahida tu, senang sikit Ibu nak keluar pegi ikut Ayah ke majlis-majlis formal nanti.
Fatin: Okay (Kerja: Pembantu Ibu sepenuh masa? hmm.. boleh tahan jugee)
Ya, walau apapun pilihan yang dah dibuat, nampaknya masa inilah nanti para jeneral syaiton dan askarnya yang pelbagai pangkat akan menjalankan strategi mereka untuk menumpaskan kita. Semasa di luar sana, macam-macam situasi kita bakal alami yang kadang-kadang menguji keimanan dengan tahap yang maksima. Oh tidak.. Kuatkah aku nanti nak menghadapi semua itu? Kuncinya wahai insan, carilah kekuatan hati, kerana bila hati dah yakin dan dekat kepada Allah, tiada apa-apa lagi yang boleh memesongkannya.
Al-Hasan pernah berkata : “Carilah kenikmatan (kedamaian hati) dalam tiga perkara, yakni dalam shalat, dalam membaca Al-Qur’an, dan dalam berzikir. Jika tidak menemukan kenikmatan dalam perkara tersebut maka ketahuilah bahwa pintu hati anda telah tertutup oleh kabut dosa.”
p/s: Ibarat ingin mengisi air jernih ke dalam baldi yang berlumpur, semestinya kita perlu buang dahulu lumpur tersebut, kemudian baru menggantikannya dengan air yang suci kan? Begitu lah dengan kita dalam bertaubat. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah kikis dahulu sifat buruk tersebut. Kemudian barulah hati itu mudah disucikan. [isi dari buku Quantum Tarbiyah].
Astaghfirullahalazim... Semoga kita terus kuat untuk meraih keredhaan Ilahi :)
till next time~
