Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Assalamualaikum...



Minggu ini masuklah minggu kelima aku menjadi seorang student UNDERGRAD. Tapi, rasanye baru dua atau tiga je entry yang berjaya terhasil sepanjang 2 bulan nie. Hurmm. Mesti boleh terbayang kan betapa busy nye kehidupan aku di kampus sekarang. Post kali ini pun ditulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri tentang


HOMEWORK YANG MELAMBAK-LAMBAK


ASSIGNMENT OLEH LECTURER YANG MENIMBUN-NIMBUN


KUIZ YANG SILIH BERGANTI


TEST YANG BAKAL MENERPA
Isy3. Time2 macam ni, setiap detik terasa sangat berharga. InsyaAllah, buat satu per satu kerja sampai semuanya setel. Tak guna nak tension2, lepas tu satu kerja pun tak jalan. Mudah-mudahan usaha yang tak seberapa ni mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Semester first degree ni mesti kene score habis-habisan! (Adui, walaupun Physical Chem macam apa je -.-'')
Remember, we all start from zero balik. Usah dikenang result foundation dulu, sandarkan pada kenangan je. Hehe.

Syukurlah, lepas bayar duit yuran sepuluh persen hari tu(still 90% to go), boleh juga la aku tengok result sem 3 yang sekian lama ditunggu-tunggu. Cuak jugak la, sebab bila tengok sahabat-sahabat lain, ada yang menurun dari sem lepas. Tapi tak kurang jugak yang still boleh score dean's list, dan masa tu aku harap sangat2 aku pun boleh maintain result sem lepas. Bile dah tahu result, lega jugak la walaupun kureng sikit dari target asal, my CGPA ialah 3.73 (^_^)
Targeted CGPA is 3.75 and above okay, tapi takpe la.. ini pun sudah dikira satu nikmat. My next step is to seek for scholarship, and currently is applying for JPA.

Sabda Rasulullah,"Sungguh menakjubkan kepada orang mukmin. Sesungguhnya semua keadaannya merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan berlaku melainkan ke atas orang mukmin sahaja. Sekiranya dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur dan itu baik baginya dan apabila dia mendapat kesusahan dia bersabar dan itu baik baginya."


Resting in Peace, KIKI... I will always remember your soft fur, cuddly body and innocent face :') Rinduuu nak peluk
 
KIKO.. kucing kesayangan, pengubat bosan dan kesunyian Ibu. Hehe. Semoga terus jadi penceria suasana kat rumah. Harap2 bile balik nanti dah semakin montel (^_^)
 
Aduyai, ni mesti dah kangan bangat sama family nih. Takpe2, the time will come untuk aku balik nanti. For this time being, I pray that my spirit will stay strong in order to face the unseen. Once more, we do the best, then leave it to Allah for the rest.

p/s: Result SPM siyes ke kuar next week??? Hannaa... prepare yourself dear ! We all will always pray for the best! Not forgetting also my juniors at Maahad, insyaAllah mantop2 belaka semua.

Till next time, Wassalam
~nffm~


Popular posts from this blog

The message in a bottle

The goodness worth holding on to

The Strength Within Us (The Untold Story)