Kita tak punya apa-apa~
Tersebutlah kesah.. dalam sebuah kampung, ade seorang lelaki tua yang ada 3 orang anak. Anak pertama dan kedua merupakan anak kesayangan, manakala yang ketiga boleh lah nak kata kurang disayangi. Jadi, oleh sebab kurang disayangi, anak yang ketiga tu dibiarkan berkeliaran seharian hingga sampai ke kampung2 sebelah. Manakala anak-anak emas die tu, yang first memang takleh keluar rumah (sebab sayang sangat kot) dan yang second pulak hanya boleh jalan2 sekitar kawasan kampung je. Bimbang keselamatan la kunun. Anyway, anak yang last tu oleh sebab kurang diberi jagaan, die pun membesar dengan keadaan yang kurang sempurna, dengan badan yang kurus dan lemah.
Pada suatu hari, lelaki tua tu terima order dari Sultan untuk datang menghadap di istana yang terletak jauh dari kampung. Jadi, dia amat memerlukan anak2 dia untuk menemani die ke sana (mestilah cuak, mengadap sultan kott!). Anyway, anak yang first yang die paling sayang tu kate die tak boleh ikut, sebab selama nie pon asyik duduk memerap je kat umah, dan die tak biase nak keluar jauh2. Hmm.. anak kedua lak cakap dia tak konfiden nak bawak ayah die keluar dari kampung, sebab selama ni die biasa jalan dekat2 je. Nak ke taknak, lelaki tua tu terpaksa la tanye anak last die, dan tanpa ragu2 lagi die terus bersetuju untuk teman ayahnya sampai menuju ke destinasi.
Setelah 2 hari perjalanan, si anak tersebut yang memang sudah lemah, tidak terdaya lagi apabila terpaksa mengayuh sampan menyeberangi lautan. Akhirnya, sampan tersebut karam dan tamatlah riwayat kedua-duanya.
___________________________________________________
Itulah die, sebuah realiti. Sebenarnye, kisah tadi tu hanyalah analogi perjalanan hidup kite selepas kita meninggal nanti. Anak pertama tu ialah harta benda yang kita ade; rumah, kereta, barang kemas n whatever. Mane ade gunanye pun bile kite dah mati, walaupun kita tatang die dulu tapi last2 stay je kat mana kita tinggalkan dia dulu, tak lain tak bukan hanyalah kesenangan sementara jer.
Anak kedua pulak ibarat ahli keluarga dan sanak saudara kita yang masih hidup. Diorang memangla sayangkan kita dan kalau boleh nak sentiasa menemani kita, tapi apa yang diorang boleh buat? Paling bagus pun dapat iring jenazah kita sampai ke kubur je, dan bagi sesetengah yang concerned tuh, tak putus2 sedekahkan al-fatihah, yasin dan berdoa untuk kita setiap kali lepas solat. Alhamdulillah.
So, persoalannya sekarang, sape or ape yang boleh teman kita sampai kite bertemu menghadap Maha Pencipta nanti? Well, tak lain dan tak bukan ialah AMAL kita, yang selama ini dipandang remeh jer, mentang-mentanglah tak dapat dilihat atau dinikmati dengan best macam harta benda n yang lain2 tuh, tapi at the end that's what we will be counting upon. So, adakah kita nak jadi macam golongan yang dah rasa siksa akhirat kemudiannya merayu kepada Allah untuk kembali semula ke dunia dan buat amal soleh? Nauzubillah, pesanan kepada diri sendiri juga, walaupun kite sibuk nak mengejar 4 flat ke, straight A's ke, kita still perlu luangkan masa untuk beribadah.
Insya-Allah, semoga dengan muhasabah dan amalan2 kebajikan yang kite buat, rahmat dan pemeliharaan Allah akan sentiasa bersama dengan kita. Sesungguhnya, Baginda Rasulullah juga mengatakan bahawa rahmat Tuhanlah yang menyebabkan seseorang itu masuk ke syurga, bukan hanya bergantung kepada amalan yang dilakukannya sahaja. A'isyah bertanya apakah ia termasuk diri Nabi sendiri? Baginda menjawab:
" Ya. Aku akan masuk ke syurga hanya apabila Allah meliputiku dengan rahmatNya"
MasyaAllah, seorang kekasih Allah berkata sebegitu. Aku ni bagaimana ya? (T_T) Huhu. Takde pape yang kite ade nie kekal buat kita, melainkan amalan kita semasa hidup. Semoga sama-samalah kita istiqamah dan tingkatkan mana2 yang patut.


